~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Saturday, July 19, 2014

Pencipta Pilih Palestine

Had to write this post and let it off my chest...berombak dalam jiwa....call me crazy....I don't care....coz it's how I understand it.
Mana mungkin Dia tidak mendengar doa dari seorang pun hambaNya dan membiarkan mereka terus dizalimi. 

Dia terus-terusan memberi kepuasan dan kemenangan kepada dajjal-dajjal kecil di sebelah sana. 

Ada ketika hati mula bertanya....kenapa? 
Ada ketika terdetik di hati....kejamnya Dia.
Ada ketika terbit rasa marah padaNya.
Kenapa Dia berlaku tidak adil sedangkan itu bukan sifatNya.

Ya Tuhan....Ya Tuhan....Ya Tuhan....
Ampunkan aku kerana buruk sangka padaMu walaupun sedetik cuma. 

Aku terlupa....
Dunia ini , duniaMu dan Kau sedang menguji keimanan seluruh hambaMu di dunia ini dalam skala yang sangat besar! 

Kau mempertontonkan keperitan dan kezaliman mereka di sana untuk menguji keteguhan iman kita di sini terhadapMu.

Kini aku faham....
Mereka di sana sentiasa berada di dalam jagaanMu. 
Tak pernah sedetik Kau berpaling dari mereka. 
Yang beriman padaMu pasti mengerti....ujian dariMu adalah tanda kasih dan sayang. 

Walau dengan segala kesengsaraan hidup mereka di dunia...
Mereka tetap pilih untuk terus beriman padaMu....
Inilah yang Dia mahu kita lihat... 
Kesetiaan pada Agama. Ketaatan pada Pencipta. Keimanan hanya padaNya.

Semua itu bukan percuma kerana ganjaran dariMu maha hebat....merekalah yang telah Kau pilih untuk terus ke SyurgaMu. 

Kini aku faham....
Dajjal-dajjal kecil itu terus-terusan Kau berikan Istidraj di dunia kerana merekalah yang telah Kau pilih untuk terus ke NerakaMu.

Setelah memahami semua ini...... 
Haruskah aku terus bersedih? Tidak. 
Haruskah aku terus berdoa? Ya. 
Haruskah aku terus membantu? Ya, apa yang terdaya.

Kenapa? Apa perlunya mereka dikirimkan doa dan dihulurkan bantuan sekiranya mereka sudah pasti ke Syurga? 

Jawabku yang bodoh ini....
Kita tidak bertuah dan Dia tidak meletakkan kita di sana untuk mendapat ganjaran Syahid dan Syurga. Kita masih perlu berusaha mengumpul pahala dan berbuat amal kebaikan untuk menerima ganjaran syurga Dia.

Pernahkah terfikir mengapa Dia pilih bumi Palestine sebagai 'lokasi' ujian keimanan yang amat hebat ini untuk setiap hambaNya di dunia melihat?

Jawabku yang bodoh ini....
Mungkin....mungkin kerana di sinilah seorang manusia istimewa yang juga KekasihNya telah diangkat terus untuk melihat Syurga dan NerakaNya melalui peristiwa Israk Mikraj.

Maka di sini lah juga ramai manusia biasa bakal menyusul terus ke 'lokasi' hakiki melalui peristiwa ini......

Namaku Rima. Terima kasih kerana memberi. Aku bersyukur dilahirkan dalam AgamaMu.


Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi, you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

1 comment:

  1. welcome back kak rima. rindu mek dgn ur blog. gago menar nampak kitak tok hehe

    ReplyDelete